NADI eSukan LMS : “Mental Kuat, Rank Naik : Urus Tekanan & Emosi Semasa Bermain”
13 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2025, telah berlangsung NADI Esukan LMS : “Mental Kuat, Rank Naik : Urus Tekanan & Emosi Semasa Bermain”. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta melihat video “Mental Kuat, Rank Naik : Urus Tekanan & Emosi Semasa Bermain”. Seterusnya, peserta menonton video tentang objektif modul seperti memahami punca tekanan semasa bermain e-Sukan. Selain itu, peserta menonton video tentang soalan refleksi seperi rasa marah dan cepat give up, rasa kecewa tapi cuba baiki, dan tenang dan belajar daripada kesilapan. Akhir sekali, peserta menonton video tentang apa itu tekanan dalam permainan contohnya kalah berkali-kali, dimarahi teammate dan terlalu ingin menang.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan peserta. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: